Khamis, 23 Januari 2014

MEMBENDUNG SALAH LAKU ETIKA DI DALAM ORGANISASI MELALUI KAUNSELING

Oleh : Mohd Fares Bin Nasir

Salah laku etika di dalam organisasi perlu dibendung supaya ianya tidak merebak ke seluruh kakitangan. Salah satu cara untuk membendung ialah dengan melalui proses kaunseling.

APA ITU KAUNSELING

Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistic, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
                                                            Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

KAUNSELING ISLAM

Satu proses interaksi bersemuka di antara kaunselor dan klien yang matlamatnya melahirkan insan yang sempurna (insan kamil) dimana individu itu kenal dirinya, kenal masalah kehidupannya dan ia cuba mengatasi dengan menggunakan kemampuan yang ada padanya dan pada masa yang sama mengembangkan dirinya menjadi personaliti islam yang sesuai dengan fitrahnya melalui petunjuk Rabbani.



MENGAPA KAUNSELING DIPERLUKAN



Masalah Mutu Kerja
  •          Mengelak diri dari tugas (memberi alasan)
  •          Ponteng kerja
  •          Kerja tidak sistematik dan tersusun
  •          Hasilan kerja lambat
  •          Tiada kualiti kerja

Masalah Sikap
  •          Mengasingkan diri
  •          Tidak berminat kerja
  •          Melengahkan kerja
  •          Menyakitkan orang lain, menghasut dan meningkatkan ketidakpuasan hati

Masalah Penyesuaian Diri
  •          Menyalahkan orang lain
  •          Mengambil kesempatan
  •          Tidak mahu bersosial dengan rakan sekerja
  •          Perasaan rendah diri atau bangga diri

 Masalah Situasi
  •          Kecewa dengan tugasan baru
  •          Tindakan disiplin
  •          Perubahan organisasi
  •          Masalah keluarga, rakan sekerja, orang bawahan / atasan

Stress Di Tempat Kerja
  •          Konflik tugas dengan nilai diri
  •          Tanggapan negatif pada tugasan
  •          Ketidakseimbangan tanggungjawab dengan kuasa
  •          Persaingan rakan sekerja 

TUJUAN KAUNSELING




FUNGSI KAUNSELING DALAM ORGANISASI
  •          Mendiagnosis masalah individu
  •          Beri peluang pekerja meluahkan perasaan
  •          Bantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai emosi
  •          Menyokong dan menenangkan pekerja
  •          Menilai dan memajukan diri
  •          Mempertingkatkan komunikasi

PENDEKATAN DALAM PERKHIDMATAN KAUNSELING



Pendekatan Krisis
  •          Setiap individu mempunyai masalah
  •          Menunggu dan memberikan reaksi kepada situasi kritikal
  
Pendekatan pemulihan
  •          Memberikan fokus kepada kekurangan yang telah dikenal pasti
  •          Penyelesaian dicadangkan agar pekerja tidak mengalami krisis dan berupaya memajukan diri

Pendekatan Pencegahan
  •          Satu pendekatan yang disukai dalam bimbingan dengan kaunseling ialah memikirkan tentanng mencegah masalah. Pendekatan pencegahan mencuba meramalkan masalah dan menghalangnya daripada berlaku

Pendekatan Perkembangan
  •          Pendekatan ini melihat pengajaran, tunjuk ajar, tutoring, mengarah, memberikan maklumat dan kaunseling sebagai sebahagian daripada proses membantu. Pendekatan perkembangan dalam bimbingan menekankan kepentingan suasana pekerjaan yang menuju bertaraf dunia.

KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
  •          Membantu seseorang itu menghindarkan diri dari terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal.
  •          Membantu pekerja meningkatkan pembangunan diri bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi dan menghasilkan kerja yang produktif dan berkualiti.  







Tiada ulasan:

Catat Ulasan